Sabtu, 14 Mei 2011

Objektif Perkhidmatan Kaunseling

(Sekadar Gambar Hiasan)

(Sekadar Gambar Hiasan)




1) Membimbing diri memahami dan membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai dengan budaya universiti dan norma masyarakat.
2) Membimbing diri memahami kekuatan dan kelemahan agar dapat menyesuaikan diri mengikut kebolehan serta memilih dan merancang masa depan yang berkesan.
3) Memberi pengetahuan dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya.
4) Mendorong diri menangani masalah dengan tabah hati dan berusaha menyelesaikannya dengan penuh keyakinan.
5) Menyedari bahawa ada orang yang rela membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
6) Membantu menyesuaikan diri dengan keadaan dan persekitarannya.
7) Mengubah persepsi negatif terhadap orang lain agar memudahkan diri bergaul dengan orang di persekitaran.
8) Membimbing dan membentuk konsep kendiri yang positif.
9) Memberi inspirasi bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuat.
10) Mengadakan khidmat susulan bagi membantu menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


ShoutMix chat widget