Isnin, 16 Mei 2011

Membina Perhubungan & Kerahsiaan. Bagaimana & Mengapa

(Gambar Hiasan)







Proses kaunseling merupakan perhubungan kaunselor dengan kliennya yang meminta bantuan. Objektif yang paling berkesan adalah membina hubungan atau rapport diantara kaunselor dan klien. Demi menentukan kejayaan kaunseling yang telah diaturkan, seseorang kaunselor hendaklah menguasai kemahiran membina hubungan dengan kliennya. Setiap hubungan perlu dibina dengan cara baik dan bukan dengan paksaan. Kaunselor perlui menunjukkan dan meyakinkan klien bahawa dia memang ikhlas, sudi serta mampu membantu klien dalam menangani permasalahannya. Sikap pertama yang perlu ada di dalam perkembangan teraputik ini ialah kongruen, keikhlasan ataupun kesepaduan. lni bermakna, dalam perhubungannya dengan klien, kaunselor sentiasa bebas dan bersungguh-sungguh untuk mengalami dirinya yang sebenar secara sedar, dan bukannya bertopeng sama ada secara sedar ataupun tidak untuk menggambarkan dirinya. Perlu diingatkan juga bahawa adalah mustahil bagi seseorang kaunselor bersikap sedemikian di dalam semua aspek kehidupannya. Oleh yang demikian, ia mencukupi sekadar kaunselor bersikap sebegini semasa dalam proses perhubungannya dengan klien.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


ShoutMix chat widget